Resepi Raffero Hazelnut Cookies

Bahan-bahan :

 

 

Bahan A :
20gm gula kaster
1 kuning telur
1 sudu teh cappucino emulco
150gm mentega
40gm majerin
20gm crisco/shortening

 

 

Bahan B :
1 sudu besar susu tepung
30gm milo
50gm coklat rice
20gm kacang hazel – panggang & dikisar

180gm tepung gandum
secubit serbuk penaik
20gm tepung jagung
20gm tepung kentang

 

Hiasan :
coklat masakan hitam dan putih
Kacang hazel (70 biji) – panggang & buang kulit,
cawan kertas

 

 

 

 

Cara Penyediaan :

 

1. Kacau bahan A sehingga ringgan dan menjadi kembang. Kemudian masukkan bahan B dan kacau sehingga ia menjadi doh yang lembut.

 

2. Ambil sebiji kacang hazel yang telah dipanggang dan disalutkan dengan 1 camca teh doh. Buatkan bentuk bulat, susun biskut diatas loyang pembakar dan bakar pada suhu 150C selama 15-20 minit pada ketuhar yang telah dipanaskan sehingga ia kekuningan.

 

3. Biarkan biskut sejuk seketika. Apabila sudah sejuk, celupkan biskut ke dalam ‘dark chocolate’ dan masukkan ke dalam cawan kertas berwarna hitam ataupun warna lain. Hiaskan dengan coklat putih dan hitam diatasnya.

 

P/s: Masak coklat dengan menggunakan kaedah ‘double boiling’. Sangat sedap dan rangup. Sesuai juga disajikan sebagai kuih raya anda. Mudah dan simple sahaja untuk menyediakannya. Hiasannya jika inginkan kelainan boleh juga diubah.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Hakcipta terpelihara © 2011-2014 Haru Elie.


Kisah Cinta & Jawatan Kosong SPA