Resepi Puding Pelangi

Bahan-bahan :

 

 

Bahan A.

  • 100-120 gram gula pasir atau sesuai selera
  • 3 helai daun pandan
  • 900 ml air
  • 1 bungkus agar agar super

 

 

Bahan B.

  • 1/2 sdt vanila
  • pewarna makanan 4 warna
  • 900 ml susu cair
  • 1 bungkus agar agar super
  • 100-120 gram gula pasir

 

 

 

 

Cara Penyediaan :

 

1. Masak semua bahan A dan B dalam periuk yang berasingan, aduk hingga rata sehingga gula larut dan mendidih, kemudian kecilkan api sampai yang terendah.

 

2. Basahkan acuan agar-agar dengan air panas supaya puding pelangi senang keluar dari acuannya.

 

3. Tuang ke dalam gelas berukuran adunan A sebanyak 225 ml, dan ditambahkan pewarna makanan , aduk hingga rata lalu tuang ke dalam acuan.

 

4. Agak-agak sudah keras kemudian ambil adunan B sebanyak 225 ml juga dan ditambahkan pewarna makanan yang sama dengan lapisan pertama, aduk hingga rata, tuang perlahan-lahan dengan menggunakan senduk.

 

5. Ulangi langkah-langkah diatas sehingga adunan habis.

 

P/s: Acuan dia mengikut kesukaan anda bagaimana. Pewarna jika ingin tambah warna lain boleh juga ditambah. Puding ini sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut untuk suatu majlis. Sangat sedap dan lembut.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Hakcipta terpelihara © 2011-2014 Haru Elie.


Kisah Cinta & Jawatan Kosong SPA