Resepi Puding Karamel Enak

Bahan-bahan :-

* untuk karamel
  •  2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
* untuk puding
  • 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 6 biji telur ayam (saya guna gred A)
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu besar susu pekat manis

Cara Penyediaan :-

* untuk karamel
  1. cairkan gula dalam loyang dengan api sederhana
  2. setelah gula cair dan bewarna keperangan masukkan 2 sudu besar air dan kacau
  3. Sejukkan gula dan ketepikan

* untuk puding

  1. Pukul telur (jangan sampai telur kembang, cukup sekadar telur putih dan kuning sebati)
  2. Masukkan susu cair dan susu pekat
  3. Masukkan 1/2 sudu besar tepung kastard
  4. Masukkan esen vanilla
  5. Kacau kesemua bahan hingga menjadi sebati
  6. Tapis adunan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi
  7. Tutup loyang dengan aluminium foil
  8. Kukus adunan selama 30 minit/sehingga puding masak
  9. Sejukkan didalam peti sejuk

P/s: Puding ini dijadikan sajian ringkas untuk petang anda.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Hakcipta terpelihara © 2011-2014 Haru Elie.


Kisah Cinta & Jawatan Kosong SPA