Resepi Puding Karamel Choc Moist

Bahan Bahan :

 

Karamel:

3 sudu besar gula pasir

 

Puding:

1 tin susu pekat
1 sudu kecil essen vanila
5 biji telur
1 tin susu cair

 

Choc Moist:

setengah cawan gula castor
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
1 cawan tepung hong kong
4 sudu besar serbuk koko
setengah tin susu cair
setengah tin susu pekat
setengah cawan minyak masak

 

 

 

 

 

 

 

Cara Penyediaan :

 

Karamel

Panaskan gula di atas loyang dengan api yang perlahan. Biarkan hingga gula mencair dan berwarna keperangan. Ratakan di atas permukaan loyang. Kemudian matikan api dan ketepikan. Biarkan ia sejuk

 

 

Puding

Blender susu pekat, susu cair, esen vanila dan telur. Jangan terlalu lama cukup sekadar 2 hingga 3 kali putar. Tuangkan bancuhan ke dalam loyang karamel tadi. Kemudian kukus 10 hingga 15 minit.

 

 

Choc Moist

Campurkan serbuk koko, susu pekat, susu cair, minyak masak dan gula kastor. Kacau di atas api yang perlahan selama 2 hingga 3 minit. Masukkan tepung hong kong dan soda bikarbonat yang telah di ayak. Kemudian masukkan telur telah di pukul. Kacau hingga sebati. Tuangkan di atas puding yang telah di kukus tadi dan kukus lagi selama 20 hingga 40 minit.

 

P/s: Sejukkan selama setengah jam kemudian baru terbalikkan Puding Karamel Choc Moist. Boleh juga simpan di dalam peti sejuk selepas di terbalikkan.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Hakcipta terpelihara © 2011-2014 Haru Elie.


Kisah Cinta & Jawatan Kosong SPA