Resepi Pandan Luscious

Bahan-bahan :

A:
1 sdk coklat emulco
200gm mentega
200gm gula kastor

B:
50 gm nestum*
30 gm kelapa*
20 gm kacang makadamia*
180gm tepung gandum
80gm tepung jagung
20 gm susu tepung

 

Hiasan :
Sedikit Putir telur
Sedikit Nestum
Sedikit coklat Pandan

 

Tips: Jika ingin membuat biskut yang mengandungi campuran bijirin (nestum/oat/kekacang) tidak mengapa jika menggunakan jumlah tepung kurang dari resepi kerana tepung dan campuran bijirin akan menyebabkan biskut kering dan keras.

 

 

Cara Penyediaan :

1. Pukul Mentega dan gula sehingga sebati. Masukkan coklat emulco dan kacau hingga sebati.

2. Masukkan bahan B tadi dan uli menggunakan tangan sehingga menjadi doh. Sukat menggunakan 1/2 sudu teh dan bentukkan bujur.

3. Celupkan ia dengan putih telur dan gaulkan bersama nestum. Bakar dengan bersuhu 145C selama 23 minit.

4. Sejukkan biskut sebentar sebelum dicelupkan ke dalam coklat pandan yang telah dicairkan menggunakan kaedah double boiler.

 
P/s: Sangat sedap dan rangup. Bau lemak nestum dan wangi coklat berperisa pandan. Mudah dan simple sahaja untuk menyediakannya. Sesuai juga disajikan untuk menu minum petang anda bersama keluarga.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Hakcipta terpelihara © 2011-2014 Haru Elie.


Kisah Cinta & Jawatan Kosong SPA