Resepi Orange Shortbread

Bahan-bahan :

2 sudu bijan
40gm tepung jagung
260gm tepung gandum – diayak
1 sudu perasa oren
200gm butter
100gm gula kastor
30gm nestum kisar
30gm tepung kastard

1 sudu air sejuk

Hiasan :
1 ketul coklat putih
kelapa parut halus
manik berwarna warni

Cara Penyediaan :

1. Putar butter bersama gula kastor hingga ia sebati. Masukkan tepung jagung, tepung kastard, nestum serta bijan. Kemudian masukkan air sejuk dan perasa oren dan putar lagi. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, putar hingga adunan menjadi doh.

2. Terap doh tadi mengikut acuan kegemaran dan susun di dalam dulang pembakar sehingga siap kesemuanya. Sementara itu, panaskan oven terlebih dahulu selama 5-10 minit. Dulang pembakar dimasukkan di dalam oven pada suhu 145°C selama 25 minit. Bila sudah masak, keluarkan dulang pembakar dan biarkan ia sejuk.

3. Panaskan coklat putih di dalam periuk sehingga ia cair. Sediakan berus lukis untuk sapu coklat pada biskut diatasnya. Campurkan kelapa parut jika mahu dan manik berwarna warni dalam satu mangkuk, gaulkan rata. Ambil berus dan celup di dalam coklat putih, sapukan di atas biskut.

4. Kemudian tekan biskut tersebut ke dalam campuran kelapa parut dan manik. Ulang prosesnya sehingga habis. Jika coklat putih dibiarkan, ia akan mengeras, jadi perlu dicairkan semula untuk memudahkan proses sapuan tadi. Biskut siap dan sedia untuk disimpan dalam bekas kedap udara.

P/s: Sangat sedap dan rangup. Sesuai juga disajikan sebagai kuih raya anda. Hiasannya terpulang kepada citarasa masing-masing. Simple dan mudah sahaja untuk menyediakannya. Selamat mencuba :)

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Hakcipta terpelihara © 2011-2014 Haru Elie.


Kisah Cinta & Jawatan Kosong SPA