Resepi Nutella Cookies Pot

Bahan-bahan :

 

A:
1/2 sudu teh baking powder
380 gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
(satukan semua bahan kemudian di ayak)

50 gram serbuk almond @ hazelnut @ walnut
(serbuk almond dibakar sekejap dalam 5 minit bersuhu 160C – jangan hangus.)

 

B:
220 gm gula halus
1 sudu teh esen vanilla
250 gm mentega
1 biji telur

 

Cara Penyediaan :

 

1. Dalam mesin pemutar, putarkan gula dan mentega sehingga lembut. Masukkan esen vanilla serta telur dan putar sehingga pucat warnanya.

2. Masukkan bahan tepung yang telah diayak kemudian masukkan serbuk badam. Gaul hingga rata dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan .

 

 

 

 

Cara Penyediaan :

 

1. Bulat-bulatkan doh sebesar biji guli, anggaran berat doh dalam 10 gm setiap satu. Susun di dalam dulang pembakar yang dilapik dengan kertas pembakar. Buat sehingga doh habis.

2. Kemudian bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan selama 15 minit awal dengan bersuhu 170C. Bakar selama 10 minit. Selepas dibakar ia akan mengembang kemudian segera tekan-tekankan ia dengan kayu yang bulat hujungnya untuk membentukkan lubang ditengahnya.

3. Buat lubang-lubang sehingga habis, kemudian masukkan semula di dalam ketuhar dan bakar semula pada suhu yang sama selama 5 minit sahaja.

4. Kemudian biarkan ia sejuk seketika dan bolehlah diletakkan fillingnya. Masukkan Nutella ke dalam piping bag, kemudian paipkan ke dalam lubang-lubang itu tadi. Kemudian terpulanglah kepada kreativiti anda ingin menghias di atasnya. Bolehlah disimpan di dalam bekas yang kedap udara.

 

P/s : Doh boleh juga diubah untuk membentuk pilihan anda. Lubangnya haruslah dibuat cepat-cepat dan ketika ia masih panas, jika sudah sejuk sedikit sahaja ia akan menjadi retak dan pecah seribu. Jadi tidak cantiklah rupanya nanti. Sangat sedap dan rangup. Mudah dan simple sahaja untuk menyediakannya.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Hakcipta terpelihara © 2011-2014 Haru Elie.


Kisah Cinta & Jawatan Kosong SPA