Resepi Kuih Ros Rangup

Bahan-bahan :

 

1 sudu makan gula & garam secukup rasa.
4 tangkai daun kari – dilurut daunnya dan dihiris halus
minyak – goreng terendam
acuan kuih ros
2 sudu makan mumbung udang kering
2 biji telur grade B
semangkuk santan – sebiji kelapa
1 bungkus tepung beras – 500 gm
1 cawan tepung gandum
1 cawan cili kisar
1 sudu makan mumbung jintan manis
1 sudu makan mumbung jintan putih
8 ulas bawang putih

Cara Penyediaan :

 

1. Tumbuk jintan-jintan, kemudian masukkan bawang putih dan udang kering. Tumbuk sehingga lumat.

2. Satukan semua bahan dan kacau hingga sebati. Santan jangan dimasukkan semua, agak-agak dahulu nanti takut tercair pula. Adunan ini hampir sama dengan adunan lempeng dadar tapi pekat sikit dari kuih ros manis. Rasa garamnya.

3. Panaskan minyak di dalam kuali kemudian rendamkan acuan kuih ros di dalamnya. Bila minyak telah panas, celupkan acuan yang panas ke dalam adunan hingga paras ketinggiannya sahaja. Jangan sampai meliputi semua acuan, nanti tidak boleh tertanggal. Celupkan beberapa saat sehingga adunan melekat pada acuan.

4. Teruskan celup acuan ke dalam minyak beberapa saat lalu digoyangkan perlahan sehingga kuih tertanggal ke dalam minyak. Biarkan acuan terendam di dalam minyak seminit dua, kemudian barulah ulangi langkah yang seterusnya. Buat sehingga habis.

P/s: Kuih Rose ini manis dan sedap sangat. Sesuai juga disajikan sebagai kuih raya anda. Mudah dan simple sahaja untuk menyediakannya. Jika ingin membuat nipis juga boleh lagi banyak dapat hasilnya.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Hakcipta terpelihara © 2011-2014 Haru Elie.


Kisah Cinta & Jawatan Kosong SPA