Resepi Kek Trifle

Bahan A (Lapisan Kek)

  • Air dari jus koktel
  • kek marble secukupnya

Cara Penyediaan:

1. kek dipotong setebal 1cm.Masukkan ke dasar mangkuk.Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk.Tekan2 sket supaya padat.

2. Siram/renjiskan dengan air/jus koktel ke atas kek/swiss roll.Tujuan supaya lapisan kek agak lembap. Ketepikan.

Bahan B (Kastard)

  • 1 tin air (sukat guna tin susu cair)
  • 1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)
  • 1 cawan rata tepung kastad
  • 1/2 cawan gula
  • 1 tin susu cair

Cara Penyediaan:

1. Satukan semua bahan (kecuali buah2 koktel), kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat, padat dan likat. Tutup api.

2. Terus curahkan adunan kastad keatas lapisan kek (Bahan A)

3. Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung. Sejukkan sebentar.

Bahan C (Jeli)

Tips:
pakai jeli kristal yang dalam kotak je.
Ada jenama Nona, First Choice pun ada.
Kalo tak jumpa, bleh pakai agar-agar:
  • 1.2liter air
  • 3/4 cawan gula
  • 1-2 titis pewarna merah
  • 10g serbuk agar-agar

Cara Penyediaan:

1. Satukan semua bahan,masak atas api hingga agar2 dan gula hancur.

2. Curahkan ke atas adunan kastad.Curah perlahan menggunakan senduk/sudu.Mulai dari tepi supaya lapisan tidak bolos dan bercampur warna.Dengan kata lain buat dengan cermat. Sejukkan sebentar. Pastu pindahkan ke dalam peti ais hingga puding keras.

Tips:
1.Lapisan bawah iaitu kek. Pastikan anda pilih kek yang mudah menyerap seperti kek span, kek batik dan sebagainya. Kalau kek London swiss roll tu macam nipis sikit, tapi boleh je pakai, akan jadi jugak.

2.Kemudian pastikan lapisan kek tu ditekan-tekan agar dapat jadi struktur yang kuat. Pastikan tekan sampai nampak dah ada kekuatan tapak kek tu.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Hakcipta terpelihara © 2011-2014 Haru Elie.


Kisah Cinta & Jawatan Kosong SPA