Resepi Kek Mentega

Bahan-bahan :

 

6 sudu fresh milk
210 gm tepung gandum – diayak
1 sudu kecil serbuk penaik – diayak dengan tepung
250 gm butter
200 gm gula castor
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

 

 

 

 

Cara Penyediaan :

 

1. Panaskan oven pada suhu 180C . Pukul butter dan gula sehingga ia sebati. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul hingga sebati.

2. Masukkan esen vanila dan dipukul hingga menjadi adunan yang sebati dan gebu. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit secara berselang seli bersama susu, sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu sehingga menjadi adunan yang sebati.

3. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dilenserkan tadi dengan marjerin ataupun minyak dan dibakar selama 50 – 60 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.

4. Setelah kek masak, sejukkan ia seketika kemudian keluarkan dari acuan dan biarkan kek sejuk sepenuhnya.

 

P/s: Sedap dan lembut sekali keknya. Sesuai juga disajikan untuk menu minum petang anda bersama keluarga. Simple dan mudah sahaja untuk menyediakannya. Boleh juga dimasukkan sedikit pewarna coklat kedalam adunan tadi. Selamat mencuba :)

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Hakcipta terpelihara © 2011-2014 Haru Elie.


Kisah Cinta & Jawatan Kosong SPA