Resepi Ice Cream Cookies

Bahan-bahan :


1/4 tsp krim Tartar
1/2 tbsp tepung jagung
beberapa cip coklat
110g telur putih
70g gula aising
Serbuk kopi 2tsp
Serbuk koko 2tsp

Cara Penyediaan :

 1. Pukul telur putih pada kelajuan yang tinggi selama 1 minit sehingga ia berbuih, masukkan tartar dan teruskan memukul. Secara berselang seli tambahkan gula aising kedalamnya dan pukul sehingga puncak lembut terbentuk.

2. Masukkan tepung jagung dan teruskan memukul sehingga puncak yang lembut terbentuk. Kemudian campurkan kopi serta serbuk koko bersama-sama dan ditambah ke dalam campuran telur putih pula. Perlahan-lahan campurkan ia dengan sebati.

3. Paipkan campuran telur putih (meringue) ke atas dulang pembakar yang dilapik dengan baking paper, letakkan cip coklat di atasnya. Bakar pada suhu oven yang telah dipanaskan pada 70C selama 75 minit atau mengikut kepanasan oven masing-masing. Bakar dengan suhu yang rendah dan masa baking yang lama sehingga kering dan cripsy.

4. Keluarkan dari ketuhar pan, tidak kurang dari 2 minit sahaja jangan tunggu terlalu lama jika tidak ia akan menjadi melekit. Cuba mengangkat meringue dan dengan mudah ia akan terangkat. Jika tidak, masukkan semula ke dalam ketuhar dan teruskan membakar. Simpan di dalam bekas kedap udara tidak perlu tunggu sehingga sejuk.

P/s: Boleh juga disimpan di dalam tin Milo ataupun tin susu tepung, sangat berguna kerana ia dapat mengekalkan crispyness cookies ini. Sangat sedap dan rasa seperti aiskrim. Sesuai juga disajikan pada waktu santai anda bersama keluarga.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Hakcipta terpelihara © 2011-2014 Haru Elie.


Kisah Cinta & Jawatan Kosong SPA