Resepi Dodol Gula Kabung

Bahan-bahan :

12 biji kelapa parut
15 helai daun pandan
1.8 kg tepung pulut
300 gm tepung beras
3.6 kg gula kabung

Cara Penyediaan :

 

1. Bancuh tepung pulut dengan santan. Selepas itu, tapis ke dalam kuali besi. Masak gula kabung dengan sedikit air serta daun pandan. Bila telah larut masukkan pula ke dalam adunan tepung tadi. Dengan menggunakan api yang perlahan jerangkan adunan ini sambil dikacau. Apabila setengah masak, masukkan pati santan dan terus kacau sehingga ia masak.

2. Bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan bersama di dalam kuali yang besar ataupun kawah dan dimasak dengan api yang sederhana. Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan menjadi hangus atau hangit di bahagian bawahnya.

 
3. Jadi dodol hendaklah sentiasa dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Dodol yang dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang 4 jam. Sekiranya kurang dari 4 jam, dodol yang dimasak menjadi tidak sedap dimakan. Setelah 2 jam dodol dimasak, dodol akan bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit. Kemudian dodol tersebut akan mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak.
 

4. Seterusnya, dodol hendaklah dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak dan diangkat. Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar. Untuk mendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua, berkilat dan pekat. Kemudian dodol tersebut bolehlah dipotong dan dimakan.

P/s: Kebiasaannya dodol akan dihidangkan kepada tetamu pada hari-hari yang tertentu seperti hari perayaan dan majlis kenduri-kendara. Sangat sedap likat dodolnya. Memerlukan ramai pembantu untuk mengacau dodol tersebut. Selamat mencuba :)

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Hakcipta terpelihara © 2011-2014 Haru Elie.


Kisah Cinta & Jawatan Kosong SPA