Resepi Cupcake Vanilla Lembut

Bahan-bahan :

 

1 3/4 sudu teh serbuk penaik
1/2 cawan susu – segar atau uht
2 sudu besar serbuk koko
1 cawan gula kastor
1/2 cawan mentega
2 biji telur
2 sudu teh esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum

 

 

 

Cara Penyediaan :

 

1. Panaskan ketuhar pembakar api atas bawah pada suhu 200C. Mulakan dengan memukul gula dan mentega sehingga ia kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati kemudian letakkan esen vanilla.

2. Tepung gandum dan serbuk penaik diayak terlebih dahulu dan dimasukkan pula ke dalam adunan tadi. Gaulkan hingga sebati, kemudian masukkan susu, adunan menjadi agak likat.

3. Masukkan adunan ke dalam paper cup yang diletak di dalam acuan, boleh juga menggunakan piping beg untuk mempercepatkan proses meletak adunan, dan gunakan acuan tart untuk cepat siap proses membakar yang memakan masa selama 25 minit.

4. Agak-agak sudah cukup jumlah vanilla, masukkan pula serbuk koko untuk mendapatkan adunan coklat.

 

P/s: Cupcakes ini juga boleh dihiasi dengan mewah seperti cupcakes yang lain. Sangat sedap dan lembut. Sesuai juga disajikan untuk menu minum petang anda bersama keluarga. Mudah dan hanya mengambil beberapa minit sahaja untuk menyediakannya.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Hakcipta terpelihara © 2011-2014 Haru Elie.


Kisah Cinta & Jawatan Kosong SPA