Resepi Cupcake Strawberry

Bahan-bahan :

 

2 sudu teh serbuk penaik
290ml susu segar Dutch Lady
1 sudu teh pes strawberry
1 sudu teh pewarna pink
360gm tepung gandum
240gm Buttercup
160gm gula
4 biji telur gred B
6 biji buah Strawberry – dipotong kecil-kecil

 

 

Cara Penyediaan :

1. Panaskan ketuhar pada suhu 140C, pusingkan timer ke 10 minit.

2. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik sebanyak 2 kali. Kemudain pukul buttercup dan gula sehingga ia gebu.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil memukul. Pukul telur menggunakan kelajuan yang minima sahaja.

4. Kemudian selang-seli masukkan tepung dan susu segar. Gaul sehingga adunan menjadi sebati. Masukkan tepung dan susu selang seli.

5. Masukkan potongan buah strawberry, pes dan pewarna sekaligus dan gaulkan sehingga rata. Akhir sekali, sediakan acuan kertas, sendukkan adunan sehingga memenuhi ¾ daripada acuan tersebut. Acuan tidak perlu digris. Bakar dengan suhu 140C, selama 10-15 minit.

 

P/s: Sangat sedap dan lembut sekali keknya. Hiasannya boleh juga diletakkan sebiji strawberry diatasnya. Mudah dan simple sahaja untuk menyediakannya. Sesuai juga disajikan untuk menu minum petang anda bersama keluarga.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Hakcipta terpelihara © 2011-2014 Haru Elie.


Kisah Cinta & Jawatan Kosong SPA