Resepi Chocolate Bottom Banana Squares

Bahan-bahan:

 

1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan cip coklat
50 gm coklat masakan
113 gm mentega – dilembutkan
3/4 cawan gula kaster
1 biji telur A
1 camca teh esen pisang
1 1/2 cawan pisang masak – dilecek halus
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

 

 

 

 

Cara Penyediaan :

 

1. Dalam mangkuk adunan, pukul mentega dan gula sehingga berkrim. Tambah telur, esen vanila, pisang lecek dan pukul sehingga sebati.

2. Dalam mangkuk yang berasingan, masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder, serta garam yang telah diayak ke dalam adunan pisang tadi dan gaul hingga rata.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang sama rata dan 1 adunan ditambahkan serbuk koko dan gaul hingga rata. Tuangkan adunan koko ke dalam loyang  9 x 13 inci persegi. Ratakan adunan dengan sudu atau spatula getah dan parutkan coklat masakan diatasnya.

4. Tuangkan baki adunan plain di atasnya dan dengan perlahan-lahan ratakan adunan dan taburkan dengan cip coklat diatasnya. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga lidi sate keluar bersih, kek sudah masak. Sejukkan seketika dan dipotong 4 persegi.

P/s: Sangat sedap dan lembut keknya. Sesuai juga disajikan bersama kopi panas untuk menu minum petang anda bersama keluarga. Simple dan mudah sahaja untuk menyediakannya. Hiasannya terpulang kepada anda.

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Hakcipta terpelihara © 2011-2014 Haru Elie.


Kisah Cinta & Jawatan Kosong SPA