Resepi Biskut Nescafe Munchies

Bahan-bahan :


450gm tepung gandum – diayak
4 sudu besar serbuk nescafe – diayak
sedikit esen kopi @ 1 sudu teh serbuk kopi dibancuh dengan sedikit air panas
250gm butter
2 biji kuning telur
125gm gula aising
75gm tepung hoen kwee atau tepung jagung

 

Hiasan :

manik-manik gula
coklat rice
biji kopi sebagai hiasan

 

 

 

 

Cara Penyediaan :


1. Mentega, kuning telur, gula aising, serbuk nescafe serta esen kopi dipukul hingga rata.

2. Masukkan tepung hoen kwee. Kemudian masukkan tepung gandum dan uli sehingga ia menjadi doh yang lembut.

3. Canaikan doh, terap dengan acuan biskut kegemaran.

4. Bakarkan pada suhu 160C sehingga ia masak, lebih kurang 20-30 minit.

 

P/s: Untuk mendapatkan biskut yang masak sama rata, buatlah saiz yang sama kesemuanya. Sesuai juga disajikan sebagai kuih raya anda. Simple dan mudah sahaja untuk menyediakannya. Sangat sedap dan rangup.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Hakcipta terpelihara © 2011-2014 Haru Elie.


Kisah Cinta & Jawatan Kosong SPA