Resepi Biskut Coffee Bean

Bahan-bahan :

 

Bahan A :

180 gram tepung gandum – diayak
30 gram tepung jagung
60 gram cornflakes – dikisar halus
90 gram chocolate rice
secukup chocolate coffee bean – hiasan
270 gram mentega – dilembutkan
60 gram crisco putih
1 biji telur yang kecil
160 gram gula serbuk
1/2 sudu teh emplex
1 sudu teh butter oil
300 gram tepung Hong Kong – diayak

 
Bahan B :

310 gram icing sugar atau secukupnya
1 biji putih telur
1 1/2 sudu makan jus limau kasturi

 

 

 

 

Cara Penyediaan :

 

1. Bahan A: Mentega, crisco, telur, gula, emplex dan butter oil dipukul sehinga rata dan sebati. Kemudian masukkan semua tepung, cornflakes dan chocolate rice dan pukul lagi sehingga ia rata.

2. Perapkan ia selama 10 minit. Panaskan ketuhar pada 150C. Ambil sedikit adunan, canaikan rata dan terap dengan menggunakan acuan bintang lebar 3cm dan satu lagi diterap dengan acuan bintang kecil, lebarnya 1 cm.

3. Susun di dalam dulang biskut dan bakar selama 25 – 30 minit atau sehingga ia garing dan masak. Hias selepas ia sejuk sepenuhnya.

4. Bahan B: Putih telur dan jus limau dipukul sekali sehingga ia rata. Masukkan icing sugar dan pukul lagi hingga sebati.

5. Semasa hendak digunakan nanti isikan ia di dalam piping bag dan picit. Picitkan sedikit diatas bintang 3 cm. Kemudian letakkan bintang kecil diatasnya.

6. Picitkan lagi icing diatas bintang kecil dan letakkan sebiji chocolate coffee bean diatasnya.

 

P/s: Jika tidak mahu menggunakan acuan bintang boleh juga menggunakan acuan lain kesukaan masing-masing. Hiasannya juga terpulang kepada citarasa masing-masing. Simple dan mudah sahaja untuk menyediakannya. Sedap dan rangup sekali. Selamat mencuba :)

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Hakcipta terpelihara © 2011-2014 Haru Elie.


Kisah Cinta & Jawatan Kosong SPA