Resepi Biskut Buah Kana

Bahan-bahan :

170 g tepung gandum – diayak
100 g tepung jagung – diayak
1/2 camt serbuk penaik – diayak
jem secukupnya
90 g gula aising
150 g mentega
1 biji kuning telur
1 camt vanila

 

 

 

 

 

Cara Penyediaan :

1. Pukul gula, mentega dan kuning telur hingga sebati. Masukkan vanila, kacau hingga rata. Kemudian letakkan bahan yang diayak. Uli perlahan hingga menjadi doh.

2. Kemudian ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan buah kana yang sudah ditaburi sedikit tepung.

3. Ketukkan acuan dan susun biskut diatas loyang pembakar yang disapu dengan marjerin. Bakar pada suhu 185C selama 20-25 minit atau sehingga ia masak.

4. Biarkan ia sejuk dahulu sebelum disapu jem diatas permukaan biskut tadi. Kemudian tangkupkan biskut yang telah disapu jem diatas sekeping lagi biskut.

 

P/s: Sangat sedap dan rangup. Sesuai juga disajikan sebagai kuih raya anda. Simple dan mudah sahaja untuk menyediakannya. Jem juga boleh diletakkan jem kegemaran.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Hakcipta terpelihara © 2011-2014 Haru Elie.


Kisah Cinta & Jawatan Kosong SPA