Resepi Biskut Bintang

Bahan-bahan :

 

2 kuning telur
1/4 camca teh esen vanilla
110 gram mentega berkualiti tinggi
110 gram tepung gandum*
50 gram gula aising*
50 gram tepung kastard*
30 gram quaker oat – dikisar halus*
30 gram nestum – dikisar halus*
30 gram coffemate*

 

Hiasan :

Kuning telur – disapu
Honey star secukupnya

 

 

 

 

Cara Penyediaan :

 

1. Putar mentega bersama gula aising sehingga rata. Tambahkan kuning telur dan putar lagi hingga rata. Perlahankan kelajuan, kemudian masukkan esen vanilla, dan juga bahan yang bertanda (*) sedikit demi sedikit sehingga ia menjadi doh yang lembut. Gaul hingga rata dan ketepikan ia sebentar.

2. Bahagikan doh kepada 3 bahagian. Ambil satu bahagian, kemudian canaikan antara 2 keping plastik bersih setebal 0.5 cm, terap dengan acuan yang berbentuk bintang. Alihkan ke dalam dulang pembakar. Buat sehingga siap.

3. Kemudian sapukan kuning telur pada permukaan biskut dan hiaskan dengan 1 biji honey star jika mahu. Buat sehingga selesai. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 – 20 minit, bergantung pada oven masing-masing. Akhir sekali, sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

 

P/s: Hiasannya terpulang kepada kreativiti anda. Boleh juga dihias dengan smiley menggunakan coklat yang dipaipkan diatasnya. Sangat sedap dan rangup. Sesuai juga disajikan sebagai kuih raya anda.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Hakcipta terpelihara © 2011-2014 Haru Elie.


Kisah Cinta & Jawatan Kosong SPA