Resepi Alamanda Bar Cookies

Bahan-bahan :

Bahan A :
80gm gula kaster
2 sudu teh cappucino emulco
125gm mentega
100gm majerin
80gm shortening

Bahan B – diayak bersama :
40gm tepung kentang
1 sudu besar susu tepung
350gm tepung gandum
1/4 serbuk penaik
40gm tepung jagung

Bahan C :
100gm coklat rice
100gm koko-crunch – dikisar
40gm kacang tanah – panggang dan dikisar

Hiasan :
coklat masakan putih dan hitam
Kuning telur

 

 

 

 

Cara Penyediaan :

1. Pukul bahan A sehingga ringan dan kembang . Kemudian masukkan bahan B dan C sehingga ia menjadi doh.

2. Rehatkan doh selama 15 minit. Canai dan terapkan doh dengan penerap biskut kesukaan anda.

3. Susun di dalam loyang pembakar dan sapu permukaannya dengan kuning telur.

4. Panaskan ketuhar. Akhir sekali, bakar pada suhu 150C selama 15-20 minit. Sejukkan ia seketika dan bolehlah dihiaskan dengan coklat masakan putih dan hitam mengikut corak kegemaran anda.

 

 

Tips: Jika adunan menjadi lembik, tambahkan sedikit tepung sehingga ia menjadi doh yang boleh dicanai. Pastikan paip coklat putih dan hitam secara menyerong pada biskut supaya nampak lebih cantik dan kemas. Jika tepung kentang tiada, boleh gantikan ia dengan tepung jagung.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Hakcipta terpelihara © 2011-2014 Haru Elie.


Kisah Cinta & Jawatan Kosong SPA