Resepi Agar-agar Koktel Istimewa

Bahan-bahan (hidangan untuk 6 orang)

  • 200g gula
  • 1 tin besar koktel
  • 2 helai daun pandan
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1.5 liter air (5 cawan)
  • 100ml (1/2 cwn) susu sejat cair

Cara-cara

  1. Masukkan serbuk agar-agar, air, sirap koktel, gula dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  2. Matikan api. Ambik semangkuk agar-agar dan sejukkan. Kalau nak cepat boleh masukkan agar-agar tersebut kedalam peti ais selama 10 minit . Bila sudah menjadi keras, ambik sudu dan kacau-kacau supaya jadi berketul-ketul.
  3. Dalam periuk agar-agar tadi masukkan pula susu sejat cair. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian matikan api.
  4. Tapiskan agar-agar susu(dr dlm periuk) dan masukkan ke dalam bekas untuk bekukan agar-agar tersebut.
  5. Masukkan juga koktel dan semangkuk agar-agar tadi (dlm langkah 2)
  6. Sejukkan dan kemudian bolehlah diletakan didalam peti ais.P/s : Resepi ini boleh dijadikan sajian untuk minuman petang. Dan boleh dibuat pada majlis-majlis kecil sebagai pencuci mulut.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Hakcipta terpelihara © 2011-2014 Haru Elie.


Kisah Cinta & Jawatan Kosong SPA